cik kaunselor to be nak bercerita

Dimulakan dengan Bismillah...



Kita sering mahukan hari yg CERAH tetapi ALLAH lebih mengetahui HUJAN perlu diturunkn.,
Kita inginkan KESERONOKAN tapi KESUSAHAN itu yang mengajar erti KEHIDUPAN.,
Kita inginkan KETENANGAN hakikatnya diri ini penuh DOSA tapi manusia tak dapat lari daripada KESILAPAN...
Semua itu bukan HUKUMAN tapi adalah tanda kasih syg ALLAH agar kita lebih BERIMAN....


Saturday 13 June 2015

"EXAM OH EXAM"

ASSALAMUALAIKUM...

lama dah tak update blog..agaknya dah bersawang rasanya..meh cik nasz cuci sikit..
pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun akhir dah di usim ni.. kejap je masa berlalu..
hmmm sem depan nak siapkan tesis...semakin hampir nak tamatkan degree ni semakin berdebar rasanya..nak pikior pasal tesis lagi, pasal praktikal lagi..
sekarang ni dalam minggu "study week".. final exam is coming...first day of Ramadhan, i will starting my first paper for research methodology and entrepreneurship..masa ni la nak uji samaada apa yg dipelajari berjaya masuk dlm kepala otak ni tak..huhuhu..abis exam nak pikior pasal pra praktikal pulop..walaupun tiga minggu ja tapi kena manfaatkan betul2 ilmu yg diperolehi..
#rabbi yasir wala tu'assir
#mogaALLAHpermudahkansegalanya




Saturday 12 July 2014

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.....
RAMADHAN YA KARIM..


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan pd kali ini..
Allah masih memberi peluang kpd diri ini untuk terus beribadat kpd-Nya..
dapat berpuasa dan bertarawikh bersama bonda tercinta merupakan satu nikmat..

ada diantara sahabat -sahabat yg tidak sempat untuk merasai Ramadhan pd kali ini..
tidak disangka-sangka Ramadhan yg lalu merupakan Ramadhan terakhir buat mereka..

teringat pd Ramadhan 2012..
Ramadhan itu merupakan Ramadhan terakhir buat ayahanda yg sangat dicintai..
masih terasa dirinya bersama dgn kami sekeluarga..
sudah hampir 2 tahun ayahanda meninggalkan kami semua..
semoga dirimu ditempatkan bersama golongan yang soleh duhai bapakku..
amin....

Friday 14 March 2014

MISTERI MH370

 وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ [٣٦:٤١
وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ [٣٦:٤٢]

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ [٣٦:٤٣]
 إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ [٣٦:٤٤

 dan suatu tanda kebesaran ALLAH bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan.. 41


dan Kami ciptakan juga untuk mereka pelbagai jenis kenderaan seperti apa yang mereka kenderai..42

dan jika Kami mengkehendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak pula mereka diselamatkan..43

melainkan Kami selamatkan mereka kerana rahmat besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan pada waktu tertentu..44



hanya ALLAH SWT yang mengetahui di mana pesawat MH370 berada..semoga ALLAH memberikan pertolongan kepada mereka yang berada di dalam pesawat tersebut..
 
                      
       Alhamdulillah setelah lama menyepi diri ki diri ini kembali untuk mencoret kata kembali...
kini baby kesayangan telah kembali setelah berapa lama buat hal...
kesibukkan sebagai seorang pelajar tak dapat dielakkan...
tambah-tambah lagi menjelangnya semester baru..

tak sangka semester ini diri ini menjadi seorang kaunselor...
bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor..
banyak perkara yang perlu dipelajari..
mendengar masalah orang bukan suatu yang mudah..banyak skill yang perlu digunakan apabila berhadapan dengan pelbagai ragam klien...

Aku Ada Wali...
berjaya jugak memiliki novel hasil karya Fatimah Syarha..

mengisahkan seorang muslimah bernama Syumaila dalam mengharungi liku-liku sebagai seorang pelajar universiti..disaat diri diuji dengan cinta lelaki
3P menjadi prinsip diri iaitu Pause, Prioriti, Pergi... 

buku ini mampu membuka minda masyarakat tentang hidup ini penuh ujian..hadapilah ia dengan ketabahan...
mujahadah itu sangat sakit dan perit namun dihujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit...
bagaimana seorang pelajar mampu menepis segala ujian yang diberikan demi mengejar kebahagian dan kejayaan yang membanggakan...


cinta ada 3 jenis :-
cinta agung, cinta kepada ALLAH
cinta pertengan, cinta kerana ALLAH
cinta hina, cinta bersama ALLAH

Sunday 6 October 2013



Kurang Tidur Punca Nyanyuk

October 6, 2013



NYANYUK atau alzheimer, penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berumur 65 tahun ke atas, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang dari usia warga emas itu.

Pada kebiasaannya, kesan nyanyuk sinonim dengan memori kerana penghidap akan mengalami keadaan di mana seseorang itu tidak mampu untuk mengingati sesuatu perkara yang baru.

Seterusnya, penyakit ini juga dapat dikesan apabila seseorang itu yang pada keadaan biasa, suka bergaul, secara tiba-tiba lebih gemar menyendiri, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada orang di sekelilingnya.

Alzheimer juga boleh membawa kepada satu tahap yang agresif seperti bercakap secara berulang-ulang, cepat naik angin sehingga kadang-kadang menjerit dan lebih teruk bertindak menendang apa sahaja yang ada berhampirannya.

Penyakit ini juga boleh terjadi disebabkan kurang tidur dan mereka sering melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud (halusinasi). Pada tahap ini, sel-sel otak tidak lagi berfungsi sepenuhnya.

Bagaimanapun, kes yang biasa berlaku adalah tidak dapat mengingati di mana sesuatu barang itu diletakkan.

Sekiranya ia sangat kerap berlaku dalam sesuatu masa (sehari), itu adalah tanda-tanda awal pengidap alzheimer.

Setakat ini, menu pemakanan bukanlah antara penyebab penyakit alzheimer berlaku dan ia juga bukan penyakit keturunan.

Tetapi, sekiranya dalam sesebuah keluarga itu mempunyai pesakit ini, peratusan risiko untuk ahli keluarga lain mendapat nasib sama, ada.

Pun begitu, percaya atau tidak, penyakit alzheimer juga boleh terjadi disebabkan seseorang itu mengidap strok yang menyerang saraf otak biarpun berusia kurang dari 65 tahun yang dikategorikan sebagai Vaskular Dimentia.

Namun harus diingat, seseorang yang menghadapi alzheimer ini tidak akan perasan dengan perubahan mereka, tetapi orang di sekeliling perlu mengambil tindakan segera supaya ia tidak berlarutan kerana boleh menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.


Jalani kaunseling

Pesakit alzheimer tidak akan menyebabkan kematian secara langsung, tetapi boleh berlaku secara tidak langsung apabila mereka ini merayau-rayau dan tidak cukup tidur serta tidak makan, dan dijangkiti kuman sehingga mengakibatkan kematian.

Bagi alzheimer, rawatan yang dapat dijalankan adalah melalui kaedah memberi ubat-ubatan dan menjalani sesi kaunseling, namun sokongan daripada keluarga amat penting selain pesakit itu sendiri.

Kebiasaannya, sesi kaunseling akan berlangsung secara berperingkat dan dalam waktu sama, kumpulan itu akan mengajar semula asas kehidupan secara beransuransur kepada pesakit untuk mengembalikan semula ingatannya dan dapat menguruskan diri sendiri.

Untuk rekod, pesakit alzheimer tidak akan pulih sepenuhnya biarpun melalui sesi kaunseling secara berperingkat, tetapi setidaknya dapat mengurangkan lima peratus daripada masalah yang dihadapi kepada yang lebih baik.


Antara jenis alzheimer yang biasa berlaku kepada pesakit ialah:
- Alzheimer’s Disease
- Vaskular Dementia
- Lewy Body Disease
- Frontal Lobe Dementia

Sumber: SINAR HARIAN


Wednesday 2 October 2013

salam ukhwah buat semua....



hari ni ciknasz curi sedikit masa dalam kesibukan sebagai seorang pelajar untuk ciknasz berkongsi apa yg berlaku pada hari ni...

sesungguhnya indahnya ukhwah hanya kerana ALLAH...
masih terbayang saat2 zaman persekolahan..
teringat ciknasz pada seorang junior ciknasz yg sgt rapat dengan ciknasz..
kami berkongsi segala masalah...
boleh dikatakan dia merupakan adik kesayangan ciknasz..
kami berpisah selepas ciknasz menamatkan tingkatan 6 dan dia tingkatan 5..
masing-masing membawa haluan sendiri..
dia di kolej matrikulasi kedah dan ciknasz melanjutkan pelajaran di universiti sains islam malaysia (USIM)...

hampir 2 tahun berlalu....
tidak disangka-sangka dia kini kembali menjadi junior ciknasz...
sungguh indah perancangan ALLAH...
yg paling menggembirakan ciknasz dia turut mengambil jurusan yg sama dgn ciknasz iaitu KAUNSELING...
hebat kan perancangan ALLAH..
ciknasz x sangka dia bakal menjadi kaunselor to be like me..in sha ALLAH..
semoga ukhwah ini akan berterusan...

ciknasz suka dengan kata-kata ni "semanis-manis gula manis lagi ukhwah"

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sunday 29 September 2013

jom zikir asmaul husna...tenang bila dengar..

 

x susah kan nak menyebut nama ALLAH...
sama-samalah kita merebut pahala...in sha ALLAH...