Kurang Tidur Punca Nyanyuk
October 6, 2013
NYANYUK atau
alzheimer, penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berumur 65 tahun ke
atas, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang dari
usia warga emas itu.
Pada
kebiasaannya, kesan nyanyuk sinonim dengan memori kerana penghidap akan
mengalami keadaan di mana seseorang itu tidak mampu untuk mengingati sesuatu
perkara yang baru.
Seterusnya,
penyakit ini juga dapat dikesan apabila seseorang itu yang pada keadaan biasa,
suka bergaul, secara tiba-tiba lebih gemar menyendiri, menjadi pendiam dan
mengasingkan diri daripada orang di sekelilingnya.
Alzheimer
juga boleh membawa kepada satu tahap yang agresif seperti bercakap secara
berulang-ulang, cepat naik angin sehingga kadang-kadang menjerit dan lebih
teruk bertindak menendang apa sahaja yang ada berhampirannya.
Penyakit ini
juga boleh terjadi disebabkan kurang tidur dan mereka sering melihat atau
mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud (halusinasi). Pada tahap ini,
sel-sel otak tidak lagi berfungsi sepenuhnya.
Bagaimanapun,
kes yang biasa berlaku adalah tidak dapat mengingati di mana sesuatu barang itu
diletakkan.
Sekiranya ia
sangat kerap berlaku dalam sesuatu masa (sehari), itu adalah tanda-tanda awal
pengidap alzheimer.
Setakat ini,
menu pemakanan bukanlah antara penyebab penyakit alzheimer berlaku dan ia juga
bukan penyakit keturunan.
Tetapi,
sekiranya dalam sesebuah keluarga itu mempunyai pesakit ini, peratusan risiko
untuk ahli keluarga lain mendapat nasib sama, ada.
Pun begitu,
percaya atau tidak, penyakit alzheimer juga boleh terjadi disebabkan seseorang
itu mengidap strok yang menyerang saraf otak biarpun berusia kurang dari 65
tahun yang dikategorikan sebagai Vaskular Dimentia.
Namun harus
diingat, seseorang yang menghadapi alzheimer ini tidak akan perasan dengan
perubahan mereka, tetapi orang di sekeliling perlu mengambil tindakan segera
supaya ia tidak berlarutan kerana boleh menyebabkannya berada dalam keadaan
kritikal.
Jalani
kaunseling
Pesakit
alzheimer tidak akan menyebabkan kematian secara langsung, tetapi boleh berlaku
secara tidak langsung apabila mereka ini merayau-rayau dan tidak cukup tidur
serta tidak makan, dan dijangkiti kuman sehingga mengakibatkan kematian.
Bagi
alzheimer, rawatan yang dapat dijalankan adalah melalui kaedah memberi
ubat-ubatan dan menjalani sesi kaunseling, namun sokongan daripada keluarga
amat penting selain pesakit itu sendiri.
Kebiasaannya,
sesi kaunseling akan berlangsung secara berperingkat dan dalam waktu sama,
kumpulan itu akan mengajar semula asas kehidupan secara beransuransur kepada
pesakit untuk mengembalikan semula ingatannya dan dapat menguruskan diri
sendiri.
Untuk rekod,
pesakit alzheimer tidak akan pulih sepenuhnya biarpun melalui sesi kaunseling
secara berperingkat, tetapi setidaknya dapat mengurangkan lima peratus daripada
masalah yang dihadapi kepada yang lebih baik.
Antara jenis
alzheimer yang biasa berlaku kepada pesakit ialah:
- Alzheimer’s Disease
- Vaskular Dementia
- Lewy Body Disease
- Frontal Lobe Dementia
- Alzheimer’s Disease
- Vaskular Dementia
- Lewy Body Disease
- Frontal Lobe Dementia
Sumber: SINAR
HARIAN
No comments:
Post a Comment