cik kaunselor to be nak bercerita

Dimulakan dengan Bismillah...



Kita sering mahukan hari yg CERAH tetapi ALLAH lebih mengetahui HUJAN perlu diturunkn.,
Kita inginkan KESERONOKAN tapi KESUSAHAN itu yang mengajar erti KEHIDUPAN.,
Kita inginkan KETENANGAN hakikatnya diri ini penuh DOSA tapi manusia tak dapat lari daripada KESILAPAN...
Semua itu bukan HUKUMAN tapi adalah tanda kasih syg ALLAH agar kita lebih BERIMAN....


Sunday 6 October 2013



Kurang Tidur Punca Nyanyuk

October 6, 2013



NYANYUK atau alzheimer, penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berumur 65 tahun ke atas, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang dari usia warga emas itu.

Pada kebiasaannya, kesan nyanyuk sinonim dengan memori kerana penghidap akan mengalami keadaan di mana seseorang itu tidak mampu untuk mengingati sesuatu perkara yang baru.

Seterusnya, penyakit ini juga dapat dikesan apabila seseorang itu yang pada keadaan biasa, suka bergaul, secara tiba-tiba lebih gemar menyendiri, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada orang di sekelilingnya.

Alzheimer juga boleh membawa kepada satu tahap yang agresif seperti bercakap secara berulang-ulang, cepat naik angin sehingga kadang-kadang menjerit dan lebih teruk bertindak menendang apa sahaja yang ada berhampirannya.

Penyakit ini juga boleh terjadi disebabkan kurang tidur dan mereka sering melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud (halusinasi). Pada tahap ini, sel-sel otak tidak lagi berfungsi sepenuhnya.

Bagaimanapun, kes yang biasa berlaku adalah tidak dapat mengingati di mana sesuatu barang itu diletakkan.

Sekiranya ia sangat kerap berlaku dalam sesuatu masa (sehari), itu adalah tanda-tanda awal pengidap alzheimer.

Setakat ini, menu pemakanan bukanlah antara penyebab penyakit alzheimer berlaku dan ia juga bukan penyakit keturunan.

Tetapi, sekiranya dalam sesebuah keluarga itu mempunyai pesakit ini, peratusan risiko untuk ahli keluarga lain mendapat nasib sama, ada.

Pun begitu, percaya atau tidak, penyakit alzheimer juga boleh terjadi disebabkan seseorang itu mengidap strok yang menyerang saraf otak biarpun berusia kurang dari 65 tahun yang dikategorikan sebagai Vaskular Dimentia.

Namun harus diingat, seseorang yang menghadapi alzheimer ini tidak akan perasan dengan perubahan mereka, tetapi orang di sekeliling perlu mengambil tindakan segera supaya ia tidak berlarutan kerana boleh menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.


Jalani kaunseling

Pesakit alzheimer tidak akan menyebabkan kematian secara langsung, tetapi boleh berlaku secara tidak langsung apabila mereka ini merayau-rayau dan tidak cukup tidur serta tidak makan, dan dijangkiti kuman sehingga mengakibatkan kematian.

Bagi alzheimer, rawatan yang dapat dijalankan adalah melalui kaedah memberi ubat-ubatan dan menjalani sesi kaunseling, namun sokongan daripada keluarga amat penting selain pesakit itu sendiri.

Kebiasaannya, sesi kaunseling akan berlangsung secara berperingkat dan dalam waktu sama, kumpulan itu akan mengajar semula asas kehidupan secara beransuransur kepada pesakit untuk mengembalikan semula ingatannya dan dapat menguruskan diri sendiri.

Untuk rekod, pesakit alzheimer tidak akan pulih sepenuhnya biarpun melalui sesi kaunseling secara berperingkat, tetapi setidaknya dapat mengurangkan lima peratus daripada masalah yang dihadapi kepada yang lebih baik.


Antara jenis alzheimer yang biasa berlaku kepada pesakit ialah:
- Alzheimer’s Disease
- Vaskular Dementia
- Lewy Body Disease
- Frontal Lobe Dementia

Sumber: SINAR HARIAN


Wednesday 2 October 2013

salam ukhwah buat semua....



hari ni ciknasz curi sedikit masa dalam kesibukan sebagai seorang pelajar untuk ciknasz berkongsi apa yg berlaku pada hari ni...

sesungguhnya indahnya ukhwah hanya kerana ALLAH...
masih terbayang saat2 zaman persekolahan..
teringat ciknasz pada seorang junior ciknasz yg sgt rapat dengan ciknasz..
kami berkongsi segala masalah...
boleh dikatakan dia merupakan adik kesayangan ciknasz..
kami berpisah selepas ciknasz menamatkan tingkatan 6 dan dia tingkatan 5..
masing-masing membawa haluan sendiri..
dia di kolej matrikulasi kedah dan ciknasz melanjutkan pelajaran di universiti sains islam malaysia (USIM)...

hampir 2 tahun berlalu....
tidak disangka-sangka dia kini kembali menjadi junior ciknasz...
sungguh indah perancangan ALLAH...
yg paling menggembirakan ciknasz dia turut mengambil jurusan yg sama dgn ciknasz iaitu KAUNSELING...
hebat kan perancangan ALLAH..
ciknasz x sangka dia bakal menjadi kaunselor to be like me..in sha ALLAH..
semoga ukhwah ini akan berterusan...

ciknasz suka dengan kata-kata ni "semanis-manis gula manis lagi ukhwah"

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sunday 29 September 2013

jom zikir asmaul husna...tenang bila dengar..

 

x susah kan nak menyebut nama ALLAH...
sama-samalah kita merebut pahala...in sha ALLAH...


ni gambar yg sempat ciknasz ambik di ICEPS 9...sampai je di stadium tertutup nilai tetiba je ciknasz diserang penyakit lama ciknasz..apa die??? adala...apa-apapun layan dulun gambar  di bawah....

                                                    
















bangga dengan team nasyid...ada yg dtg jauh semata-mata demi ICEPS 9 ni...ada team yg dirisik oleh juri untuk dikomersialkan nasyid mereka..tahniah...
ari ni ciknasz nak ke ICEPS 9 bersama-sama roommate n classmate ciknasz

jom...
ari ni baru berkesempatan nak pegi...
in sha Allah balik nanti ciknasz akan upload gambarnya...


CeriTa HaTi

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


Saturday 28 September 2013

STRESS

hmm ciknasz tau kita semua mengalami stress bukan..bohong la kalau x penah stress..
bergantung kepada kita macam mana nak handle stress tu..assigment yang banyak ditambahkan lagi dengan examnya tentunya membuatkan kita mula berserabut...kan kan..
ciknasz kaunselor to be ni pun selalu stress juga....
TAPI ciknasz cuba untuk menjadi positif..belajar kaunseling membuatkan ciknasz menjadi seorang yang lebih bermotivasi.. x gitu...
tanda-tanda stress
 #mudah tesinggung dan nak marah 
#bertindak aggresif
#tak lalu makan 
#sukar memberi tumpuan / pelupa
#otot-otot terasa tegang
#jantung berdebar-debar
#sakit kepala / perut
haaa ada x tanda-tandanya
Gejala Stress* Menjadi mudah tersinggung dan marah terhadap teman, keluarga dan kolega.
* Bertindak secara agresif dan defensif
* Merasa selalu lelah.
* Sukar konsentrasi atau menjadi pelupa.
* Palpitasi atau jantung berdebar-debar.
* Otot-otot tegang.
* Sakit kepala, perut - See more at: http://seft2020.weebly.com/terapi-seft-untuk-stress.html#sthash.NExFMKyV.dpuf
kalau ada cepat-cepat cari jalan nak menghilangkannya

sekiranya berlarutan boleh membahayakan..
#positifkan diri anda



jom zikir sama-sama..


 

tahniah anda telah berjaya berzikir hari ni....
semoga ALLAH menerima amal kita

Salam ukhwah ciknasz ucapkan..ciknasz baru berjinak-jinak dengan blog..moga ALLAH memudahkan usaha ciknasz untuk berkongsi sedikit ilmu..

seperti hadith Rasulullah SAW

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً             

 “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)